Careers

Join Our Dynamic Team
We are recruiting talent for various positions. Come join our growing dynamic team!
1. KERANI AKAUN
KELAYAKAN:
- Berumur di antara 22 hingga 35 tahun.
- Warganegara Malaysia (Lelaki Sahaja).
- Minimum Diploma
- Gaji RM 1700
2. EKSEKUTIF OPERASI
KELAYAKAN:
- Berumur di antara 30 hingga 40 tahun.
- Warganegara Malaysia (Lelaki Sahaja).
- Bahasa Pertuturan / Penulisan : Melayu / English
- Minimum Ijazah Sarjana Muda dari universiti yang diiktiraf dalam apa-apa bidang.
- Mempunyai pengalaman dalam chain store management, buyer, pemasaran produk makanan sejuk beku atau retail.
- mempunyai kenderaan sendiri, boleh travel extensively dan boleh bekerja lebih masa.
- Gaji minima RM 3500
3. EKSEKUTIF PENGELUARAN
KELAYAKAN:
- Membantu dan bertanggungjawab bersama Jabatan untuk mencapai sasaran pengeluaran dengan mengekalkan keselamatan dan operasi yang efisien serta penghasilan pengeluaran mencapai kualiti yang ditetapkan.
- Bertanggungjawab di dalam penjadualan kerja bagi kakitangan, mengadakan pemeriksaan/pemantauan untuk memastikan ketepatan cetakan tarikh, pembungkusan produk, perlabelan, penghasilan produktiviti harian dan melapor maklumat serta ketidakakuran kepada pihak Pengurusan.
- Bertanggungjawab di dalam memastikan produk yang dihasilkan adalah mengikut masa dan mematuhi kualiti yang ditetapkan.
- Mengawasi proses pengeluaran dan mengatur jadual pengeluaran berdasarkan sasaran serta apabila dikehendaki.
- Memastikan panduan keselamatan & kesihatan diikuti dan dipatuhi semua kakitangan untuk mengelakkan kemalangan.
- Menyelia dan memberikan motivasi yang berterusan terhadap semua kakitangan.
- Menyelesaikan masalah di dalam pengeluaran dan berusaha kepada peningkatan berterusan di line pengeluaran, peningkatan produktiviti dan pengurangan sisa pembuangan.
- Memastikan semua rekod pengeluaran disimpan baik dan dikemaskinikan seperti yang diperlukan di dalam SOP.
- Memantau latihan ‘on job training’ kepada kakitangan di dalam mengendalikan mesin, pemprosesan dan pembungkusan.
- Membantu Ketua jabatan di dalam merancang tenaga kerja, memeriksa keadaan mesin dan penyediaan bahan mentah bagi operasi pengeluaran berjalan lancar.
- Memastikan kebersihan sentiasa diamalkan ‘5S’ di dalam kawasan pengeluaran dan sekitarnya.
- Bertanggungjawab di dalam menilai prestasi kakitangan bawahan untuk pengesahan jawatan dan kenaikan pangkat/gaji.
- Bekerjasama dengan Jabatan Penyelenggaraan di dalam memantau kebersihan mesin dan keadaan mesin yang baik serta mengawasi pembersihan yang dilakukan oleh kakitangan sanitasi.
- Lain-lain tugas yang dipertanggungjawab yang diberikan oleh pihak pengurusan.
- Basic : RM 3200-RM 3500
- Elaun makan : RM 5/hari
Jika berminat sila hantar resume ke [email protected]